JomParking adalah aplikasi terkini dan pembayaran mudah alih prabayar untuk meletak kenderaan di tempat awam dengan menggunakan telefon pintar. Sebuah aplikasi yang memudahkan bayaran letak kenderaan di Malaysia. Ia adalah cara yang mudah, selamat dan cepat untuk pembayaran tempat letak kenderaan.

MUDAH – Kemudahan 'di hujung jari' bagi transaksi meletak kenderaan di tempat awam secara moden yang hanya mengambil beberapa saat.
SELAMAT – Pembayaran dan maklumat dijamin selamat sekaligus menghapuskan penggunaan wang tunai. JomParking komited untuk melindungi maklumat pelanggan kami. Semua maklumat peribadi dilindungi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Perlindungan Data dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga.
LOKASI – Pemantauan mudah alih prabayar untuk meletak kereta awam yang moden adalah diselaraskan secara meluas di seluruh Lembah Klang.
Ikut urutan:
  1. Daftar Masuk JomParking – Muat turun aplikasi - www.jomparking.com di Google Play dan Apple App Store untuk mendaftar nama pengguna dan kata laluan (sekali sahaja)
  2. Daftar Kenderaan – Isikan nombor plat kenderaan
  3. Topup Token - TOKEN adalah kaedah bayaran JomParking dengan pembelian minima sebanyak RM6 sahaja.
  4. Parkir Kenderaan - Masukkan kod zon. Pilih nombor plat kenderaan. Tetapkan tempoh meletak kenderaan anda. Bayar menggunakan token.
  5. Pengesahan Pembayaran - Pembayaran adalah dijamin beserta nombor plat kenderaan; menghapuskan penggunaan pelekat kenderaan, tanpa perlu mempamerkan tiket di kenderaan ataupun meletak tag parkir pada kenderaan. Pemberitahuan peringatan tempoh tamat meletak kenderaan akan diterima 15 minit sebelum masa tamat akan memberikan kemudahan bagi mereka yang meletak kenderaan pada jarak jauh.
(Seperti yang ditetapkan oleh DBKL)
  • Zon A : RM1.50 Jam Pertama, RM2.50 Jam Kedua (Maksima 2 Jam)
  • Zon B : RM1.00 (Tiada Had Masa)
  • Zon C : RM0.80 (Tiada Had Masa)
Minimum satu (1) pembelian jam - untuk masa pembelian 1.

Caj:
  • Termasuk 6% GST
  • Minima RM6.00
  • Tiada bayaran balik akan diberikan bagi kecuaian pelanggan
  • Tiada bayaran balik untuk kesalahan memasukkan nombor plat kenderaan
  • Parkir di ruang letak kenderaan yang ditetapkan

Untuk maklumat lanjut hubungi

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

atau emel ke Pusat Khidmat Pelanggan

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.