Syiling Pembayaran

CWT Terminal menerima syiling lama dan baru.
Cara bayar:
i. Tekan sebarang butang pada skrin
ii. Masukkan nombor plat penuh
iii. Masukkan syiling
iv. Dapatkan resit anda
*Sila rujuk kepada arahan pada paparan skrin terminal

TOUCH ‘N GO

Lebih Cepat, Lebih Mudah & Lebih Selamat
Tiada syiling? Tiada Masalah. Kami menyediakan alternatif pembayaran untuk anda membayar masa letak kereta walaupun anda tidak mempunyai syiling.

Lebih Baik daripada Wang Tunai, Lebih Cepat daripada Kredit
Touch 'n Go adalah kad elektronik tunai prabayar. Alternatif yang sempurna kepada tunai

Apa lagi? Ianya adalah penyelesaian yang mudah selain daripada pembayaran tunai kerana ianya tidak seperti kad kredit, anda boleh menggunakan Touch 'n Go untuk pembelian serendah RM 0.80.

Ianya juga cepat. Tiada tandatangan diperlukan. Hanya “Sentuhan” mudah pada terminal pembayaran dan anda boleh pergi menjalankan aktiviti lain.

Samaada anda meletak kereta, menaiki LRT, balik kampung, menonton filem, semua yang anda perlu lakukan adalah Touch 'n Go.

Kemudahan Tambah Nilai
Menambah nilai Touch 'n Go adalah sangat mudah. Anda boleh menambah nilai di mana-mana tempat berikut:
• TNG Hubs
• TNG Spots
• Petrol Kiosks
• Kedai Serbaneka
• Mesin ATM
• Farmasi
• Kiosks Layan Diri
• Kaunter Khidmat Pelanggan di Plaza Tol yang terpilih
• Lorong Tambah Nilai di lebuhraya terpilih
Dengan lebih 6,000 tempat tambah nilai di seluruh Negara, kami yakin anda boleh mencari tempat tambah nilai berdekatan dengan anda.

Untuk maklumat lanjut hubungi

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

atau emel ke Pusat Khidmat Pelanggan

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.