KAWASAN OPERASI

Zon A - Kawasan Pusat Bandar & Beraktiviti Tinggi

Sejam Pertama : RM 1.50
Sejam Kedua : RM 2.50

Zon B - Kawasan Luar Pusat Bandar & Beraktiviti Tinggi

Sejam Pertama : RM 1.00

Zon C - Kawasan Luar Pusat Bandar

Sejam Pertama : RM 0.80

Sistem Letak Kereta - Pay By Plate :
  • Membuat pembayaran letak kereta dengan memasuki keseluruhan nombor plate kereta dan seterusnya beredar.
  • Tidak perlu memaparkan resit di atas dashboard kereta.
  • Mempunyai pilihan untuk mencetak resit.
  • Penguatkuasaan akan mengenal pasti nombor plate kenderaan yang telah membuat pembayaran di terminal dan cara pembayaran lain seperti pembayaran menggunakan aplikasi telefon pintar (JomParking) dan Pas Bulanan Digital sahaja.
Caj Letak Kereta :
  • Zon A : RM 1.50 Jam Pertama, RM2.50 Jam Kedua (Maksima 2 Jam)
  • Zon B : RM 1.00 (Tiada Had Masa)
  • Zon C : RM 0.80 (Tiada Had Masa)
Waktu Operasi :
  • 7.30 pagi hingga 6.00 petang
Hari Operasi :
  • Isnin hingga Sabtu.
  • Tiada Operasi : Ahad dan Cuti Umum
Cara Pembayaran :
  • Tunai - Syiling : Menerima wang syiling RM0.10, RM0.20 & RM0.50 (Baru dan lama)
  • Kad Touch n’ Go. (Dalam Proses)
Terma & Syarat :
  • Tunai - Syiling
    • Pembayaran minimum 1 jam.
    • Tiada pembayaran semula di atas kecuaian pelanggan. (Sekiranya tidak memasukkan nombor plate kenderaan dengan betul).
    • Letak kereta di petak yang disediakan.
    • Sekiranya terminal mengalami kerosakan atau tidak beroperasi “Out Of Order”, sila pergi ke terminal lain untuk pembayaran tunai.
    • Pembayaran sudah termasuk 6% GST.

  • Touch n’ Go (Dalam Proses)
    • Pembayaran minimum 1 jam.
    • Baki kad hendaklah minimum RM20.00.
    • Tiada pembayaran semula di atas kecuaian pelanggan. (Sekiranya tidak memasukkan nombor plate kenderaan dengan betul).
    • Letak kereta di petak yang disediakan.
    • Sekiranya terminal mengalami kerosakan atau tidak beroperasi “Out Of Order”, sila pergi ke terminal lain untuk pembayaran Touch n’ Go.
    • Pembayaran sudah termasuk 6% GST.
Caj Letak Kereta :
  • Zon A : RM 1.50 Jam Pertama, RM2.50 Jam Kedua (Maksima 2 Jam)
  • Zon B : RM 1.00 (Tiada Had Masa)
  • Zon C : RM 0.80 (Tiada Had Masa)
Terma & Syarat :
  • Caj Parkir menggunakan prabayar(Token): (cas adalah seperti yang ditetapkan oleh DBKL)
    • Zon A : RM 1.50 Jam Pertama, RM2.50 Jam Kedua (Maksima 2 Jam)
    • Zon B : RM 1.00 (Tiada Had Masa)
    • Zon C : RM 0.80 (Tiada Had Masa)
  • Terma & Syarat:
    • Minima satu (1) jam pembelian - untuk pembelian pertama.
  •  Caj: 
    • Termasuk 6% GST
    • Minima RM6.00
  • Tiada bayaran balik akan diberikan bagi kecuaian pelanggan
  • Tiada bayaran balik untuk kesalahan memasukkan nombor plat kenderaan
  • Parkir di ruang letak kenderaan yang ditetapkan
  • Tempoh pembelian minima adalah satu (1) jam
  • Citycarpark dan JomParking tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan, kesalahan atau kecuaian Pengguna di dalam menggunakan applikasi telefon JomParking termasuk, tetapi tidak terhad kepada, memasukkan jangkamasa kegunaan yang salah dan/atau memasukkan nombor plet atau nombor pendaftaran kenderaan yang salah.
  • Kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang masalah perisian, kerosakan, malware, virus¬, apa-apa masalah atau sebarang isu yang berkaitan dengan penggunaan applikasi telefon tersebut.
  • Semua bayaran adalah muktamad dan sebarang tuntutan pemulangan bayaran tidak akan dilayan.
  • Pengguna dikehendaki hanya menggunakan Petak-Petak Letak Kereta yang telah ditetapkan sebagai Letak Kereta Harian.
Terma & Syarat:
  • Untuk permohonan bagi setiap lokasi, hanya 20% kuota sahaja disediakan. (First come first serve basis)
  • Permohonan :
    • 1 permohonan hanyalah untuk 1 kereta sahaja. (tidak boleh dipindah milik/kereta)
    • Minimum 1 bulan dan maximum sehingga 3 bulan.
    • Pengesahan bagi permohonan baru selama 5 hari berkerja.
    • Permohonan yang lulus akan diberitahu melalui email.
    • Permohonan yang diluluskan perlu membuat pembayaran dalam masa 48 jam.
  • Pembayaran :
    • Pembayaran melalui operator. Butiran pembayaran akan diberikan setelah permohonan diluluskan.
    • Bagi proses Pengesahan Pembayaran, resit pembayaran/Slip bank hendaklah dihantar menerusi email operator : cs@citycarpark.my
    • Resit rasmi pembayaran akan diberikan setelah proses pengesahan pembayaran dilakukan.
  • Pembaharuan :
    • Pembayaran perlu dibuat 1 minggu sebelum tamat tempoh.
  • Caj :
    • Caj tidak termasuk 6% GST
  • Penggunaan
    • Tertakluk kepada Kelulusan Permohonan
    • Tertakluk kepada Pengesahan Pembayaran
  • Pengguna pas bulanan Zon A boleh meletak kenderaan di seluruh kawasan Zon A & Zon B.
  • Pengguna pas bulanan Zon B boleh meletak kenderaan di seluruh kawasan Zon B sahaja. Pengguna perlu membuat pembayaran secara biasa di kawasan Zon A.
  • Bayaran tidak akan dikembalikan jika disebabkan kecuaian pelanggan.
  • Letak kereta di petak yang telah disediakan.
  • Penguatkuasaan :
    • Pas bulanan Digital hanya sah di lokasi/zon yang ditetapkan sahaja.
  • Untuk permohonan bagi setiap lokasi, hanya 10% kuota sahaja disediakan. (First come first serve basis) & (Termaktub kepada pengesahan & keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)
  • Permohonan :
    • 1 permohonan hanya untuk 1 premis sahaja.
    • Minimum 6 bulan dan maximum sehingga 12 bulan seterusnya.
    • Permohonan baru akan dilanjutkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk tujuan pengesahan.
    • Permohonan yang diluluskan perlu membuat pembayaran 48 jam setelah diluluskan.
  • Pembaharuan :
    • Pembayaran perlu dibuat 1 minggu sebelum tamat tempoh.
  • Caj :
    • Caj tidak termasuk 6% GST
  • Penggunaan :
    • Tertakluk kepada Kelulusan & Pengesahan DBKL
    • Tertakluk kepada Pengesahan Pembayaran
  • Bayaran tidak akan dikembalikan jika disebabkan kecuaian pelanggan.
  • Letak kereta di petak yang telah disediakan (Akan dicat warna merah).
  • Pengguna hanya boleh menggunakan petak bagi kegunaan letak kereta sahaja.
  • Pengguna dilarang sama sekali menggunakan petak untuk tujuan lain selain letak kereta. (Seperti : berniaga, basuh kereta, menghalang laluan dll). Kecuali atas kebenaran DBKL.
  • Pengguna diwajibkan membeli dan menggunakan PENGHADANG Petak Khas dengan sekali pembelian.
  • Penyelenggaraan Petak :
    • Penyelenggaraan petak adalah dibawah tanggungjawab pengguna sepenuhnya.
      • (Seperti :- PENGHADANG Petak & Cat Merah).
Kompaun akan dikenakan seperti yang termaktub dalam akta dibawah:
 
1.  3, AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (TRAFIK).
  • AKTA 3(1), SEKSYEN 48 - "KENDERAAN MOTOR DALAM KEDUDUKAN MUNGKIN MENYEBABKAN BAHAYA, HALANGAN, KESUSAHAN TAK BERPATUTAN KEPADA PENGGUNA JALAN YANG LAIN ATAU LALULINTAS "
  • AKTA 3(2), SEKSYEN 50(3) - "MENDESAK BAGI MAKSUD MENJAGA  ATAU  PENYUCIAN KENDERAAN ATAU MENGARAH BAGI MAKSUD MELETAKKAN KENDERAAN TANPA KUASA SAH DI JALAN ATAU DI TEMPAT LETAK KERETA"
  • AKTA 3(4), SEKSYEN 58(1) - "GAGAL MENGEMUKAKAN PERAKUAN INSURANS KENDERAAN"
  • AKTA 3(10), SEKSYEN 79(2) - "INGKAR ISYARAT LALULINTAS KOSONGKAN / LARANGAN LETAK KERETA / LARANGAN BERHENTI / LARANGAN MASUK / DAN LAIN-LAIN"
  • AKTA 3(13), SEKSYEN 110 - "MELETAKKAN KENDERAAN ATAU BENDA ATAU PERKARA DI JALAN / BERHAMPIRAN JALAN ATAU SECARA MENGGANGGU SALIRAN DISISI JALAN, MENGGALANG ATAU MEMBAHAYAKAN LALULINTAS TANPA KUASA YANG SAH"
  • AKTA 3(14), SEKSYEN 113(2) - "GAGAL BERI MAKLUMAT ATAU BERI MAKLUMAT PALSU KEPADA WARDEN LALULINTAS"
  • AKTA 3(15), SEKSYEN 115(1) – “PEMUNYA KENDERAAN GAGAL BERI MAKLUMAT PEMANDU DALAM TEMPOH 7 HARI"
  • AKTA 3(16), SEKSYEN 58(2) - "GAGAL MENGEMUKAKAN LESEN MEMANDU SEMASA PEMERIKSAAN"
2.  17, KAEDAH-KAEDAH LALULINTAS JALAN 1959.
  • AKTA 17(3), KAEDAH 12(1) - "KENDERAAN BERADA DI ATAS MANA-MANA JALAN KURANG 30 KAKI DARI SIMPANG JALAN ATAU SELEKOH”
  • AKTA 17(4), KAEDAH 12(2) - "KENDERAAN BERADA DI ATAS MANA-MANA JALAN KURANG 10 KAKI DARI PILI BOMBA, TIANG PAIP ATAU PILI TANAH"
  • AKTA 17(5), KAEDAH 12(3) - "KENDERAAN BERADA DI ATAS MANA-MANA JALAN KURANG 30 KAKI DARI PERHENTIAN BAS"
  • AKTA 17(6), KAEDAH 12(4) - "KEDUDUKAN ATAU KEADAAN KENDERAAN MUNGKIN ATAU MENYEBABKAN BAHAYA, HALANGAN ATAU KESUSAHAN TIDAK DIDUGA KEPADA PENGGUNA-PENGGUNA JALAN LAIN"
  • AKTA 17(7), KAEDAH 12(4) - "KENDERAAN MENYEBABKAN HALANGAN TIDAK BERPATUTAN"
  • AKTA 17(8), KAEDAH 16(1) - "KENDERAAN MENYEBABKAN HALANGAN TIDAK BERPATUTAN"
  • AKTA 17(9), KAEDAH 16(2) - "KENDERAAN TIDAK RAPAT DENGAN TEPI JALAN"
  • AKTA 17,(9), KAEDAH 178(3) - "LETAK KENDERAAN DI JALAN YANG ADA DUA GARISAN SELARI"
  • AKTA 17(12), KAEDAH 44 - "KENDERAAN DILETAKKAN DI ATAS SIAR KAKI"
  • AKTA 17(16), KAEDAH 48(1) - "MEMBAIKI KENDERAAN ATAU MEMBENARKAN KENDERAAN DIBAIKI DI ATAS JALAN AWAM "
  • AKTA 17(17), KAEDAH 48(2) - "MEMBASUH ATAU MEMBENARKAN KENDERAAN DIBASUH DI ATAS JALAN AWAM ATAU SIARKAKI"
  • AKTA 17(19), KAEDAH 8A - "MEMBERHENTIKAN KENDERAAN DI ATAS PETAK KUNING"
  • AKTA 17(24), KAEDAH 38 - "MEMBERHENTIKAN KENDERAAN DI LINTASAN"
  • AKTA 17(26), KAEDAH 53 - "MEMANDU ATAU MENUNDA ATAU MENINGGALKAN TERBIAR KENDERAAN DI LORONG KECEMASAN"
3.  18, PERINTAH LALULINTAS JALAN (LETAK KERETA BERMETER) (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984.
  • AKTA 18(1), PERINTAH 6 – "LETAK DI LUAR TEMPAT LETAK KERETA"
  • AKTA 18(2), PERINTAH 7(1) – "LETAK MELINTANGI GARISAN PETAK LETAK KERETA"
  • AKTA 18(3), PERINTAH 7(2) – "INGKAR TANDA DAN ISYARAT DI TEMPAT LETAK KERETA"
  • AKTA 18(4), PERINTAH 8(1) – "LETAK TANPA BAYAR CAJ DITETAPKAN"
  • AKTA 18(5), PERINTAH 15(1) – "MENGHALANG / HALANGAN PETAK LETAK KERETA ATAU TEMPAT LETAK KERETA"
  • AKTA 18(6), PERINTAH 17 - "MENJALANKAN PERDAGANGAN ATAU BERNIAGA DI TEMPAT LETAK KERETA / DALAM PETAK "
  • AKTA 18(7), PERINTAH 18 – "MENCUCI KENDERAAN DALAM PETAK/TEMPAT LETAK KERETA"
  • AKTA 18(8), PERINTAH 22 – "MENGGANGGU ATAU MENAMPAL ATAU MENYALAHGUNA ATAU MEROSAKKAN METER"
  • AKTA 18(9), PERINTAH 8(3) – "TIDAK MEMPAMERKAN TIKET BAYARAN PADA CERMIN DEPAN KERETA"
  • AKTA 18(10), PERINTAH 8(4) – "TIKET BAYARAN TAMAT TEMPOH"
4.  19, PERINTAH LALULINTAS JALAN (PERUNTUKAN MENGENAI TEMPAT LETAK KERETA) (IBU KOTA) 1969.
  • AKTA 19(1), PERINTAH 3(2) – "LETAK DI LUAR TEMPAT LETAK KERETA"
  • AKTA 19(2), PERINTAH 6(1) – "LETAK MELINTANGI GARISAN PETAK LETAK KERETA"
  • AKTA 19(3), PERINTAH 6(2) – "INGKAR TANDA DAN ISYARAT DI TEMPAT LETAK KERETA"
  • AKTA 19(4), PERINTAH 17(1) – "MENGHALANG / HALANGAN PETAK LETAK KERETA"
  • AKTA 19(5), PERINTAH 22 – "MENCUCI KENDERAAN DALAM PETAK/TEMPAT LETAK KERETA"
  • AKTA 19(6), PERINTAH 20 – "MENJALANKAN PERDAGANGAN ATAU BERNIAGA DI TEMPAT LETAK KERETA / DALAM PETAK"
5.  23, KAEDAH-KAEDAH ISYARAT LALULINTAS (SAIZ, WARNA DAN JENIS) 1959.
  • AKTA23(1), KAEDAH 12(3A) - "MELETAK KENDERAAN DI JALAN YANG TERDAPAT GARISAN KUNING"

Untuk maklumat lanjut hubungi

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

atau emel ke Pusat Khidmat Pelanggan

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.